Kad penalti
Kad penalti

Kad penalti

Kad penalti digunakan dalam banyak jenis sukan sebagai suatu cara memberi amaran, menegur atau menghukum pemain, pelatih atau pasukan rasmi. Kad-kad ini - seringkalinya warna merah ("kad merah") dan kuning ("kad kuning"), namun warna lain juga dipakai - sering digunakan oleh pengadil yang memegang ke arah pemain untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah melakukan kesalahan dalam permainan. Warna dan/atau bentuk kad yang digunakan pengadil menunjukkan jenis atau tahap seriusnya kesalahan serta hukuman yang akan digunakan.